penat woh keje promoter. ingat senang je berdiri sepanjang hari. serve customer lagi, layan perangai supervisor yang macam sial, nak elak penganiayaan daripada bluewave. asal curi je tuduh promoter. hilang barang sikit tuduh promoter. bongok. padahal bluewave tu sendiri yang kaki mencuri. staff jusco pun sama macam sial. tapi tak semua ah. ada yang ok. dah la rules pelik gila nak jadi promoter.
1. rambut kena pendek (lelaki).
2. tak boleh colour rambut (weh i'm 22. sukahati aku lah!)
3. perempuan rambut panjang kena sanggul.
4. belt wajib pakai (lelaki).
5. kuku kena pendek. kalau panjang tak bagi masuk selling floor.
6. attire mestilah pakai seperti yg ditetapkan. kalau tak tak boleh masuk.
7. berborak pun tak diizinkan. kalau boleh jarak antara promoter dengan promoter haruslah jauh. sampai nak cakap pun kena jerit. tapi peduli apa aku.
tiba2 aku rasa macam masuk sekolah balik. which is taknak sebab macam tak bebas. manager pun ada yang anti promoter. sial kan perangai diorang. boleh pulak anti promoter. dahla sama2 keja 1 tempat pun nak anti. bangang. kalau yang blur2 1st time keja memang ah kena buli. kena buat muka yakin & takde perasaan (macam aku) baru la boleh survive. mulut lancang juga perlu (macam aku jugak) untuk menjawab tuduhan nista atau arahan yang tak relevan. terlampau baik takboleh, terlampau sadis pun tak boleh jugak.
dah nak deal dengan perangai orang2 diatas, promoter juga harus deal dengan perangai customer. ade customer yang baik, senang nak serve. ada juga customer yang tak munasabah. customer yang tak bercakap pun ada juga. yang tak boleh nak dekat lagi parah, asal dekat je lari, lalu sebelah sikit muka macam nak kena bunuh. rilex sudeeh aku bukan nak bunuh kau. ada jugak yang nak beli kasut tapi taktau saiz sendiri. kasut anak sendiri pun taktau saiz ape. nak ke aku tanya "aku yang beranak ke kaaaaau bangang" tapi takboleh nanti dia mengadu kat customer service aku yang susah. ada yang perasan badan saiz S padahal sekali imbas pun dah tau L. macam2 hal pun ada. di sini ada beberapa memek muka yang perlu dibaca oleh customer.

ok ini muka bila boring sebab takde customer. keep staring into space wondering bila nak gaji? T___T ini selalu terjadi bila takde sale.

ini muka bila nak greet customer.ceriakaaaaan. tapi senyuman ini boleh jadi fake bila terlampau ramai customer kat kaunter yang menyebabkan kesesakan eg: waktu sale.

ini muka bila confuse. sila ulang request anda/sila cakap sekali lagi saya tak paham. muka ini juga akan keluar apabila anda buat perangai taik. tapi saya tak boleh nak marah. saya akan buat straight face mcm ini sahaja.

ini muka yang wajib dibuat bila membelakangi customer yang request boleh blah macam nak beli barang 1 kedai komplen macam2 padahal nak beli 1 stokin je. orang macam ni ada okeh. tak pun tanya banyak2 kali "berapa diskaun?" banyak kali, try 100 kali, tukar saiz 5 kali, jalan 1 kedai, tengok cermin 23 kali. lepas tu dah nak tulis cash memo, cakap "takpelah i'll think it over" PALEOTAK KAAAAU!

ini muka yang akan dibuat bila buat silap. senyum lebar2 kat customer, kebarangkalian dimarah akan menurun.

muka bila stress gila banyak customer, tapi hanya anda seorang ada kat selling floor partner yang lain taktau pegi mana. customer pulak tak sabar2 macam la sape lambat beli kena lempang.

ini muka bila dah balik rumah. selalunya waktu sale muka wajib begini bila balik. tak pun bila bangun pagi nak menempuhi hari yang sadis T______T
muka ni takkan taktau lagi.....ni la muka bila dapat gaji. which will happen in the next 5 days. lamanyaaaaaaaaaaa T________Toleh itu sila kasihani kami promoter yang selalu dianiaya. jika anda minta baik2 kami pun akan serve anda dengan baik. sila jangan nangis bila lambat.
p.s: i want this phone!!!!!

p.p.s: screencaps diambil daripada drama Real Clothes starring Karina
0 comments:
Post a Comment