Thursday, May 20, 2010

KL-Jakarta-Bandung-Jakarta-KL

saje kan buat title mcm pegi byk tempat padahal ulang alik tempat sama je haha... ye minggu lepas telah bercuti ke Jakarta atas jemputan Jaja yang berjanji menyediakan penginapan free. siapa tak nak? itu peluang baik. ajak pulak last minit, 14hb May nak pegi 27hb April baru bgtau aku. Kelam-kabut buat passport, lepas tu beli tiket. Mak pasrah je sebab dia bukan boleh menghalang, kalau larang pun aku pegi jugak. Gila derhaka haha.... beli tiket settle RM300 macam tu, dah hebohkan kat orang kampung semua, dah jadi jutawan walaupun dalam rupiah. tapi kat ofis aku tak bgtau. sebab malas. semua kecoh nanti nak pegi mana duduk mana dengan siapa sebooooooooook macam aku guna duit dia. dalam borang cuti tulis dalam column sebab untuk bercuti?---->Reunion. haha reunion la sangat kan padahal nak berjalan abeskan duit. dahla jaja menjanjikan tourist guide yang cantik jelita akan membawa kami berjalan kat Jakarta.

nak-nak pulak masa minggu nak pegi tu keje belambak-lambak macam haram. siap hari jumaat tu ada keje last minit last2 sampai rumah pukul 6.30. nasib baik baju semua dah kemas malam tadi. pung pang pung pang sampai KL Sentral naik bas semua dah lega. pukul 8.45pm mcm tu sampai LCCT. Fika pulak sesat. damn. takkan aku nak berlepas sorang2. lepak jap tunggu last2 sampai jugak. tiba2 dapat msg dari jaja suruh tido dalam flight sebab esok nak bangun pagi sebab pukul 5 pagi dah nak bertolak pegi Bandung.
aku macam
.
.
.
.
.
.

NI VACATION KE KHIDMAT NEGARA??!!!!

pasrah je la kan orang dah nak bawak kira nasib baik. so dalam flight cuba lah nak tido kata patuh arahan JAJA TUNKU SABRI dgn tagline dia "JOM JALAN2!!!"......ok Farid sila berangan tido. dah la enjin bising gila, lampu pulak tak tutup. ada perasaan stress kat situ. baru nak terlelap....

Stewardess: permisi pak!

aku tak layan, buat2 tido....

Stewardess: permisi pak!

ini dah bikin panas....aku baru nak terlelap. tapi2 tiba2 tengok muka cantik, terus segar.

Stewardess: dari Malaysia atau Indonesia?

farid: *blur* err....Malaysia!

dia pun bagi 1 form ni, kena isi semua wajib ah nanti kena tunjuk kat imigresen kat sana. takde pen pulak.....tgk fika yg duduk belakang aku tengah gigih isi form tu, pau pen dia kejap. lepas isi form tu semua, nak tido la. tiba2 stewardess bawak tray bagai nak menjaja makanan. dah memang kebulur tak makan ape2 lagi sebab balik keje terus mandi semua pegi KL Sentral terusss pegi LCCT tak makan. Order nasi lemak boleh tak abes? yang tinggal sandwich je. sandwich pun sandwich la....dari mati kebulur dalam flight. dah memang terkenal dengan sifat pelahap, tak sampai 5 minit 2 keping sandwich dgn orange juice sebotol dah abes. total harga lebih kurang rm12. kalah SUBWAY. kalau aku tau aku tapau subway makan dalam ni. sebab mahal siap habuk2 roti aku jilat skali. dah mahal kan. jangan la membazir haha....

dasar ular bila dah kenyang mula la rasa nak tido kan. boleh tak budak-budak row sebelah main sep2? siap nyanyi....

malam yang sepi...pi...pi
pak mat jual topi...pi...pi

topi yang koyak...yak...yak
pak mat jual tempoyak....yak...yak



perlu ke aku nyanyi sampai abes......takkan korang tak tau lagu ni. gila suram zaman kanak-kanak korang. diorang menyanyi dengan muka girang tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa takut dilempang dengan tiba-tiba. TAU TAK SEKARANG PUKUL 12 LEBIH APSAL KORANG TAK TIDO?aku stress. bila stress tiba-tiba blackout. sedar2 dah nak sampai heheh.....

sampai kat airport. siap print direction jaja...semangat tak? dapat email-
"Cara-cara ke tempat jaja"........


Bila dah sampai kat airport,


-kluar je dr flight korg kne jln smpai tmpt immigration utk cop passport (skali dgn ambik gmbr n finger print)... biasanya queue kat cni mmg pnjg..jgn slp line tau..ade counter foreigner n indonesian..korg beratur kat foreigner pnye ok..!


-dh abs cop pasport 2..korg pg la ambik luggage..(2 pun kalau ade check in la..hahaha..)


-pastu dh nk odw kluar tu there will be a lot of sales taxi people asking you to use their taxi..JANGAN LAYAN..!! kalau diorg tnye2..cakap dah ade org dtg jemput..ok..?


- dah kluar..korg jln2 smpai stu kdai jual sim card n prepaid (prepaid kat cni org pnggil PULSA..so korg tnye makcik/pakcik cleaner or pak guard tmpt jual pulsa kat mane...kdai tu xjauh dr toilet seigat aku..)


-pastu dh activate no cni..tros call aku...


- Keluar dr bgnan terminal...pastu korg akn nampak teksi berderet-deret..macam2 colour..mcm2 brand..kalau ade org kacau lagi..igt.. JANGAN LAYAN..!


- Please go to roughly in front of Tony Jack (Fast food ala2 McD), there will be a small counter /sales person for Bluebird taxi...org die biase pkai vest biru...

p/s : kalau korg prasan...seberang jln 2 ade billboard bluebird group bsr je..haa..taxi blue bird ade kat area tu la...


-Make sure you only use bluebird taxi, taxi normally Toyota vios and the taxi colour is sky blue. korg tnye la die "Permisi Pak, Bluebird taxi ya..?"..


*kalau xphm pape tnye balik ok..?



-Neng Jaja- =)


cute kan? rasa nak lempang2. siap buatkan ayat lagi untuk tanya naik cab. thanks to the guide, perjalanan kami sangat la smooth. walaupun masa sampai kat airport agak seram. ye la 1st time sampai sini kan. aku buat muka cool je kalau fika buat muka cuak, aku pun buat muka cuak, jawapnya kena pau ah nanti. alhamdulillah, trip ke rumah jaja senang gila, sampai naik taxi yang sepatutnya amil masa 1 jam, jadi 1/2 jam. aku tak ingat pulak keluar kan tangan kat tingkap tolong kepakkan taxi tu terbang. taxi tu bawak laju gila. sebab malam aku tak sedar la sangat. dah gelap lepas tu siap mengantuk lagi. sampai2 kat rumah jaja, baru aku paham rupanya tourist guide cantik jelita yang dimaksudkan jaja adalah diri dia sendiri. ya agak kecewa haha....

esok lepas subuh terusss bertolak pegi stesen keretapi. masuk, duduk dan terus pengsan. qada' tido malam tadi. bangun2 dah nak dekat sampai, terus naik cab pegi pasar baru. breakfast, dan terus SHOPPING.....

ya ini lah padi bukit. jakun sebab macam baru 1st time tengok

kan dah cakap semua pakat nak qada' tido....

fika mula dirasuk

ok gambar ni berlakon

semua rasa confident gila kan. rata-rata bawak duit nak dekat sejuta, so perasan mcm boleh beli satu kedai. fika pulak mcm kena rasuk, semua nak beli. masuk 1 kedai tak tanya harga berapa, terus cakap "naaaaaak" dengan muka penuh haloba. tak ingat naik cab nanti bayar tambang pakai ape. bulu? ke tahi hidung? Nak dekat setengah hari shopping baru sentap duit dah takde. amik kau. aku cool je. beli baju bapak aku sehelai, then beli pisang salai sebeban. ingat la sikit org kat office kan. selalu aku je pau diorang, bawak la balik barang sikit.





random faces in the angkut. budak laki 2 orang tu keje dia menyanyi dari kereta ke kereta. lepas tu mintak duit kira service charge la. walaupun aku kesian tapi aku tak bagi... takut lepas aku bg diorang aku pulak kena buat keje tu. serious masa ni dah insaf sengkek gila

ni random la sangat kan. tu aku. sebelah tu kak lin, senior jaja

bila mak datin naik angkut

then pegi rumah mode. naik angkut. alah naik van ramai2 macam dalam sinetron INTAN tu. pandang jugak kiri kanan mana la tau terserempak dengan nasyilla mirdad stress gila tengok cerita tu asyik nangis memanjang. haha.... gila panas, stress & tertekan dalam tu. gambar kat atas masa baru naik, so tak ramai orang. lepas tu, selagi van tu boleh berjalan, selagi tu lah nak sumbat orang naik. walaupun sesak aku boleh bantai lelap jap. hehe...

cafe kat Rumah Mode

Rumah Mode ini memang best kalau anda berduit sahaja. Muka kat sini pun semua stock muka2 dalam sinetron, berbeza dengan kat Pasar Baru tadi . sepatutnya pegi tempat ni dulu. kat sini banyak barang jenama jual harga murah nak mampos. factory outlet la katakan. sempat ah rembat t-shirt AX satu, tu pun sebab hasutan jaja. merasa la nak pakai kan t-shirt AX. kalau kat malaysia? nak masuk butik pun takut kena sambar petir sebab sah2 tak mampu.

dah pokai rasa macam nak tangkap ikan ni buat lauk dinner

fika kalau kat pasar baru tadi kena rasuk ala kadar, kat sini terus histeria. terus menghilang puas aku & jaja cari. jumpa2 muka hampa terus buat confession baru letak balik 5 barang yang dia plan nak rembat tapi sentap takde duit letak balik kat tempat asal. cadangan diri sendiri nak beli kasut kulit branded yang murah kat sini utk pegi tempat kerja menggantikan satu-satunya leather shoe cap bata yang dah nak lunyai ditolak mentah oleh logik akal sebab dah tinggal beberapa ratus ribu rupiah saja. dengar mcm banyak kan? kalau kat malaysia ada duit beratus ribu, terus aku beli kereta. kat sini? bayar tambang cab je T____T

ok baju ni tak jadi beli. so ambil gamba sudaaa

dah sedar diri terus duduk tepi. fika tanpa segan silu kira berapa banyak lagi duit tinggal
untuk esok.




makanan kat sini boleh tahan sedap. bertepatan la dengan harga. jauh beza kalau makan kat gerai, kuantiti pun ciput. celah gigi je. malam confirm kena makan lagi...pokai T____T.

dah setel hampa tak dapat shopping banyak berangkat la pulang ke Jakarta. Plan nak balik naik train dibatalkan sebab lembab katanya. so kitorang pun naikla van sewa. van bawak tak macam laju gila sampai nak eksiden. tapi aku macam tak sedar sangat sebab tidur....wajib la weh letih siot. dah sampai Jakarta letak barang teruuuuuus pegi KL Village. ada jugak KL kat sini kan. Siap ada menu nasi goreng KL. Letak KLCC punya model ke atas nasi tu? wallahualam sebab tak la pulak order benda tu. pegi sini nak jumpa kawan fika yang study medic kat sini. budak PASUM dulu. boleh tak kenal aku sebab aku ada skandal dengan kawan diorang. ok itu cerita lama lupakan. yang penting aku tak kenal budak tu tetiba budak tu macam kenal jumpa aku. and kat sini tiba2 terjumpa rumet lama masa PASUM dulu yang stadi medic kat sini. sampai sentap la budak tu jumpa aku sebab muka terus stoned tak expect jumpa aku kat sini katanya. salam2 semua lepas makan balik tido.

esoknya wajibla bangun lambat. semalam balik pun dah nak pukul 2. dalam pukul 10 baru bangun and terus gerak ke Monumen Nasional (MONAS). kat sini semua bergambar la ape lagi.




maaf seri aku tiru peace kau

apsal gaya macam Faizal Tahir kat sini? nooooooooo......

fika nak buktikan yang dia lagi besar dari monumen ni :D

motif ambil gambar macam ni?

itu gambar yang biasa. ini gambar yang luar biasa

gaya masing2 macam nak bertapa. 1.....2......go!


punya la gigih melompat mengikut arahan cameraman. orang sekeliling pelik budak 4 ekor ni terkinja-kinja. Lantak la esok dah nak balik.

kurus sangat sampai kena tiup angin

fika membuktikan yang dia pun boleh menentang graviti



lepas tu terus pegi Mangga 2 yang digahkan sangat. Kat sini famous dengan imitation barang2 branded e.g. LV, chanel, hermes, etc. harga pun mestilah up sikit kan kata copy sehabis baik. siap packaging skali dia imitate dahsyat tak dahsyat. hasrat fika untuk beli bag Hermes kononnya. tapi tak jadi la takut kena rejam sah2 la tiruan gaji ciput nak beli bag hermes.

sardin dalam teksi T_____T

macam pasar malam

Melantak sebelum shopping

Teh botol i miss u

barang tiruan yang dikatakan gred A+++

fika dirasuk lagi sekali

jaja dah lalok

pasrah dibandingkan dengan patung


kat sini aku tak beli ape2 pun....beli t-shirt je nak buat souvenir. lepas tu pegi ambassador pulak. tu pun shopping complex jugak. Sebab jaja tak dapat cari kebaya hitam yang kawan dia pesan. sampai kat sini terus berpisah. jaja cari kebaya, kak lin & fika pegi saloon, aku dengan aizad pegi urut kaki refleksologi. fika dah menggelupur dari pagi tadi nak buat manicure, sebab kat sini murah jaja cakap. kak lin nak potong rambut. First time aku urut kaki sebab sebelum ni nak try tapi tak berani sebab geli. sebelum kena urut aizad mcm sial cakap muka aku macam menyerah haha... mula2 rasa geli lah judak. lepas tu rasa sakit.....lepas sakit boleh tak bantai tido. so urut dalam 1 jam macam tu, most of the time aku tidur. abes urut, pegi cari fika kat saloon. TAK SIAP LAGI BUAT MANICURE LAMA NAK MAMPOS. tu baru kuku tangan, kalau kuku kaki sekali? lepas bergabung balik 5 orang, jalan-jalan kejap, then terus pegi KL village makan. nak jugak makan kat situ kan, bajet dapat feel KL.

esok nya balik KL. Flight delay 1 jam. esok kerja. dah pokai.............GREAT

BUT THIS TRIP WAS AWESOME!


esoknya bawak la pisang salai kat ofis. nak bagi sorang sekampit. harusla semua orang sebok tanya beli kat mana. lepas tu tanya berapa orang pegi? berapa orang lelaki berapa orang perempuan? perlu ke detail? kalau aku cakap pergi berdua dengan perempuan? mau kena keji satu ofis. aku cakap la pegi bandung, boleh tak scan aku atas bawah. ingat aku tak mampu la kan nak pegi. tu baru pegi bandung. kalau aku cakap pegi New York, Paris, Italy?

terus diorang pengsan

p.s: akan kembali ke Bandung....dengan duit yang lebih banyak. ataupun kredit kad? zasss!!

p.p.s: maaf la ye entri ini agak panjang. nasib baik pegi 3 hari, kalau seminggu? lagi panjang. TAPI KENAPA BILA EXAM PEGAWAI KERAJAAN TAK BOLEH BUAT ESSAY PANJANG MACAM NI???

5 comments:

arenip said...

WEI! apsal tak bawak duit lebih?! kan barang murah! rugi la ko..

farid said...

mana tau takleh draw duit sana.....

++miza++ said...

ooowhhh tidak!!
gambar2 ko ni btol2 bwat aku streessss~!!

tolong!

dayat said...

nk ikutttttttttttttttttt

farid said...

jeles kaaan. takpe kumpul duit nanti pegi lagi hehe